Saya cuba lawan anxiety.. Perit rupanya | Anxiety Disorder



Saya tak sangka yang saya boleh kena anxiety attack sejak beberapa minggu.. Selamat saya cuba lawan awal dengan guide dari ummi saya..

Korang rasa nak tak saya panggi ummi saya (Dr Rusni) untuk buat video lebih jelas tentang anxiety disorder ni?

Video ini saya just kongsikan pengalaman dan cara saya atasi pada peringkat awal supaya tidak makin teruk.

#beranibuat

25 comments

  1. Syukur saya bernasib baik sebab mak saya pakar psikologi, saya dapat bantuan dengan cepat sebelum lebih melarat.. Ramai orang yang kena anxiety ni tak tahu nak hadap macam mana dan sorang-sorang je cuba atasi.. sangat sukar.. Fuhh.. Tokleh pandang ringan..

    Jika ada lebihan, jom kita bantu mangsa banjir yang sedang dihadapi oleh saudara kita. Ini saya letak link beberapa team kecil bantuan banjir yang kita boleh support :

    https://www.facebook.com/ustazaminofficial/photos/a.586598561390873/3871012406282789/?type=3&source=48
    https://www.facebook.com/syaizul.amal/posts/10160596736769867
    https://www.facebook.com/suhaimiumar

  2. Anxiety datang 5 tahun yang lalu, alami selama 3 tahun.. Menggangu kehidupan sosial dan waktu belajar.. Saya panik dan takut akan hilang sesuatu, seseorang dan perkara.. kadang2 bila orang lain faham sesuatu kecuali saya.. dan bila orang bercakap sesuatu tentang saya.. saya jadi panik dan aggresif.. bila muncul panik dan aggresif orang akan pandang kita gila membuatkan saya bertambah teruk.. saya pernah give up, cuba untuk bawak wotor selaju mungkin lalu tutupkan mata.. tapi hati saya selalu tegur "Jangan".. Dari situ lah muncul diriku yang lain.. Selama 2 tahun kemudian belajar untuk atasi dan memahami situasi sendirian.. Saya meletakkan pendirian saya "Tidak kira apa sekali pon jadi, kita tetap tunduk kepada Allah" itu lah tujuan utama kita di Bumi.. "Jangan mengalah, kerana kita masih dalam ujian Allah".. Akhirnya, saya disini masih hidup dan selamat.. This is part of our journey..

  3. Aku pernah kena anxiety attack sampai kena hyperventilate, satu badan terus collapse, kebas satu badan sampai kena masuk hospital 2 kali.

    Tahun lepas pun kena sama jugak, hampir collapse kat stesen minyak, kena kejar kat hospital.

    Ada banyak cara untuk atasi atau mitigate anxiety. Bagi aku, salah satu cara nak mitigate anxiety ialah layan muzik yang bersifat tenang ataupun trek lagu yang hanya ada bunyi alam, hingar putih, dan juga binaural beats yang memerlukan headphone/earphone untuk dinikmati.

    Kedua, untuk kurangkan anxiety ialah hadkan penggunaan media sosial mahupun perkecilkan skop aktif dalam media sosial. Tak suka dengan orang? Takyah debat, block terus!

    Ketiga, buang sifat perli dalam diri. Bila kuat perli, maka seseorang itu tak boleh beza antara pujian dan perlian jadi hati jadi gelap. Bila benda ini berlaku jadi makin sukar bagi diri kita untuk mencari motivasi untuk terus hidup.

    PS: Tak nak anxiety pun kurangkan layan artikel laman picisan serta ruangan komen terutama dari laman siakap 3 rasa, ah! media dan juga omanz sekali…

  4. Org yg tak rasa bila kita sharing diorg mcm tak endah sbb ingt kita lemah. Ada jugak yg gelak bila kita share masalah yg dihadapi. Tapi kalau diorang sendiri rasa, diorang pun takkan mampu tahan sakit ni. Allah uji kita sbb Allah tahu kita mampu hadapi. Saya ada channel telegram trading untuk ajar student mahir dalam trading. Tapi skrg saya dah kurang aktif/interaction dalam channel bukan sebab takda idea atau apa tapi sbb tiap hari asyik kena serangan mcmni. Memang sgt buat terganggu. Tadi pun baru kena attack, berdiri rasa nak rebah, duduk rasa nak pengsan, baring rasa mcm nak ditarik nyawa. Kaki sejuk2 kebas2. Tapi saya tahu saya tak keseorangan. Begitu juga anda. Sama2 kita lawan okay !

    Inshaa'Allah semua yg hadapi, semoga dapat diberikan kesembuhan. Aamiin 🤲🏻

  5. saya umur 15 tahun dah kene enxiety….dari raya 2021 sampai lah sekarang…malam kadang kadang x tidur pon sampai pagi

  6. Saya Alhamdulilah anxiety,panic semua dah tak ada..macm saya kene anxiety,panic sebab gastrik,diet yg tak seimbang.. Alhamdulilah bila amalkan pemakanan yg betul,control stress,ambil supliment.. Alhamdulilah skrg dapat hidup back to normal

  7. Sy kna cm ni pun dr gastrik angin,dn ia jdi gerd aduiiiii 3bln sy jga mkn smpi skg …Sb dr usus kn dy p naik kpla tu angin ….Nsip kira ok sda skg

  8. Sy idup dgn anxiety disoder dah 10 thn smpai skarang…1001 rasa dah sy hadap dan 1001 simptom dah sy lalui …😊

  9. saya nak luahan masalah anxiety saya,saya takut bila berasa penat dan terus kena anxiety,sebab saya ada sejarah pernah pengsan selepas excise waktu pkp 2020,jadi benda tu menganggu pemikiran saya, 2021 bulan 10 saya kena anxiety + gastrik, dan skrng anxiety ni datang kembali setiap petang badan mula menggeletar dan sesak nafas badan jadi lemau.perit rasanya

  10. Main solution dia dlm Surah Ar- Rad ayat 28. Lepas aku mendalami btul2 maksud surah ni dan btulkan solat aku. Alhamdulillah Allah permudahkan segala2nya.. Aku lebih tenang dan Dia beri segala penyelesaian..😊

  11. Baru2 ni saya kena panick attact atau anxiety ni. Kalau kena anxiety, campur pula dengan trauma, lagi susah kawal. Memang macam orang gila cakap sorang2. Tapi anxiety benda paling dekat mesti ingat mati. Kalau kena GERD, lagi kacau anxiety.. Cara tuan ni betul juga. Kena focus pada masalah tu, then cari solution. Tapi lain orang ada tak boleh guna cara ni. Anxiety ni, orang yang kuat iman pon boleh kena.. Bab2 kesihatan mental ni, janganlah nak kata orang tu tak kuat ka apa..

  12. terus terang sy cakap. serangan anxiety & depression Disorder adalah berpunca dari kecelaruan hormon. korang dgr cakap aku, inshaAllah sembuh berpanjangn. korang off gula dan off tepung gandum. pastu korang berpuasa. pastu korang tambahkan makanan probiotik dan prebiotik.

  13. Aslm,sya nk tnya saya rsa resah gelisah,pstu selalu pikir mati,astu takut ii mcm ii astu selera nasi berkurangan,kt dada nie berat jak…rsa takut berpanjangan,dn mcm ii lg,adkah itu anxiety?tolong komen st dbwh

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *